Ahad, 8 Jun 2014

ALAMI PERCUTIAN ANDA DI CAMERON HIGHLANDS BERSAMA INTAN APARTMENT

Percutian anda tak akan lengkap jika tiada penginapan..Berminat untuk bercuti ke Tanah Tinggi Cameron Highlands Pahang dan ingin kan penginapan bersama Famili Anda hubungi Puan Intan 0124999860 untuk tempahan dan harga LOKASI: DESA ANTHURIUM, TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS tingkat 1 Blok M4 KEMUDAHAN: 3 BILIK TIDUR 2 BILIK AIR.. WATER HEATER.. FULL FURNITURE.. BOLEH MEMASAK HARGA: RM300/nite (12tgh cek in-12tgh cek out) Booking/Deposit : RM50 SELAMAT BERCUTI!!!

Jumaat, 6 September 2013

2013 tahun penuh pengalaman, senyuman, tangisan dan ketawa

Salam buat teman... lama benar tidak mencoret di halaman ini.. tiba2 rasa rindu dan tehambat kerinduan di hati.. mungkin ada hikmah, tahun 2013 tahun yg banyak membuat tangisan di kelopak mata dan di hati saya.Tak mengapa, mungkin itu jalannya, saya lalui saja. Apa jua rintangan dan halangan yang mendatang akan saya hadapi dengan tabah. Semua yg ada di sisiku saat ini, amat aku harapkan doa kalian, mungkin aku takkan lama bernafas di muka bumi ini.. kerna waktu sudah terlalu suntuk buatku. Khabar itu menghambat aku, dan menjadikan aku mahu kalian membenci akan diri ini.. Maaf sekali lagi. bukan bermaksud untuk melukakan hati kalian, tetapi aku tak mahu tangisan kalian mengiringi pemergianku kelak.. aku mahu pergi dengan senyuman dan ketenangan. Jika ada yg aku buat kalian terasa maafkan aku kawan.. niatku hanya satu, supaya sedikit demi sedikit kamu bisa melupakan aku.. itu sahaja.. Salam kerinduan dari ku untuk kalian.. Nora

Isnin, 5 Disember 2011

Zikir dan Munajatlah

Ketenagan yang Hakiki... Munajatlah kepadanya, merintihlah kepadanya.. kerna hanya padanya kita akan mendapat ketenangan yang hakiki...
http://www.youtube.com/watch?v=IXBu5mpoNkg&feature=youtu.be

Rabu, 23 November 2011

JATUH BANGUNNYA KEHIDUPAN TETAP INDAH DI SISI ALLAH

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu. Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti. Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan. Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.